PERPUSTAKAAN
DEPOSITORI PENYELIDIKAN FRIM (FRED) berfungsi sebagai sistem perpustakaan digital FRIM. Pengguna boleh mencari bahan rujukan perpustakaan dengan mudah menggunakan sistem ini. Platform ini juga menawarkan pelbagai jenis kandungan digital dalam format visual dan audio. Manual pengguna juga disediakan untuk membantu pengguna menggunakan fungsi sistem ini.
Pengenalan
Perpustakaan ini yang pada mulanya mempunyai koleksi sains umum telah berkembang apabila mengambilalih koleksi “Applied & Technical Botany” dari Muzium Federated Malay States. Pada tahun 1933 penyusunan Katalog perpustakaan yang pertama telah dilakukan oleh F.S. Walker dan melaluinya diketahui perpustakaan pada masa itu telah mempunyai 3000 naskah buku dan 40 judul jurnal yang dilanggan. Sistem pengkelasan ODC (Oxford System of Decimal Classification) telah digunakan bagi tujuan mengelaskan buku-buku mengenai perhutanan sekitar tahun 1949. Perpustakaan kini terus berkembang sejajar dengan kemajuan bidang penyelidikan di FRIM di mana koleksinya kini mengandungi lebih 12000 judul buku dan lebih 2000 judul bahan terbitan bersiri.
Waktu Operasi
Isnin – Khamis : 8.30 a.m. – 1.00 p.m. | 2.00 p.m. – 4.45 p.m.
Jumaat : 8.30 a.m. – 12.15 p.m. | 2.45 p.m. – 4.45 p.m.
Misi
Menyediakan servis informasi secara efektif dalam industri perkayuan dan perhutanan, di samping meningkatkan lagi penyelidikan teknikal dan saintifik.
Pustakawan
Nama: Pn Norain Mohd Arif
Jawatan: Ketua Perpustakaan
Telefon: 03-6279 7532
E-mel: norain@frim.gov.my
Brosur/Pemplet
- Maklumat Umum Perpustakaan FRIM
- Perkhidmatan Pinjaman Bahan Perpustakaan
- E-CAS ( Eletronic-Current Awareness Service)
- Lain-lain Perkhidmatan Pinjaman Bahan Perpustakaan
- Koleksi Hasil Penulisan Pegawai FRIM
- Pencarian Bahan Melalui Katalog Dalam Talian Capaian Awam (OPAC)
- Sumber Eletronik Perpustakaan FRIM