FRIM terima Anugerah Sains Mahathir 2009

Dato’ Dr Abd Latif menerima anugerah daripada Perdana Menteri. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Sains Mahathir 2009 di upacara penyampaian rasmi yang telah dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia pada 28 September 2009 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur. Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, telah menyampaikan anugerah tersebut kepada Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod. Pemilihan FRIM ialah menerusi kategori Sumber Asli Tropika (“Tropical Natural Resources”) yang mengiktiraf sumbangan FRIM kepada pembangunan industri perabot melalui penyelidikan penggunaan kayu getah tempatan. Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Sains Mahathir 2008 kepada [...]