Penyelidik FRIM menang pingat emas di MTE 2014

24 Februari 2014 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya meraih satu pingat Emas dan dua pingat Perak di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) ke-13 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Februari 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini. Dari kiri: Yanti, Bakar, Hamid dan Rushdan dengan pingat emas dan sijil. Majlis Perasmian MTE 2014 yang diadakan pada 20 Februari telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, yang juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Rekacipta dan Inovasi 2014 pada 21 Februari. MTE yang dianjurkan bersama oleh Persatuan [...]