Makmal FRIM terima ‘Laboratory Excellence Platinum Award’

17 Disember 2015 (Khamis) – Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima pengiktirafan Anugerah ‘Laboratory Excellence Platinum’ daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) pada 4 Disember lalu. Mohamad Nasir (kiri) menerima anugerah daripada Chang (tengah) yang diiringi Dr Linda Ng Yian Yian, Ahli Kaunsel IKM. Pegawai Penyelidik FRIM, Dr Mohamad Nasir Mat Arip yang mewakili MAAK menerima anugerah pengiktirafan daripada Timbalan Presiden IKM, Dato’ Dr Chang Eng Thuan di Majlis Penyampaian Anugerah IKM 2015 sempena Majlis Makan Malam IKM 2015 di Kuala Lumpur. Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk [...]