FRIM terima Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan 2014

8 Mac 2016 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menerima penarafan baik (empat bintang) dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2014 yang dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2014 telah disempurnakan oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 4 Januari lalu. Anugerah tersebut bertujuan mempertingkatkan tahap keselamatan perlindungan di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi menjaga kerahsiaan dan aset kerajaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Sebanyak 197 agensi kerajaan yang terdiri daripada jabatan persekutuan, badan berkanun persekutuan, [...]