Penyelidik FRIM terima Anugerah Kertas Terbaik

18 April 2016 (Isnin) – Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Gs. Dr Hamdan Omar telah memenangi Anugerah Kertas Terbaik di persidangan antarabangsa yang berlangsung baru-baru ini. Sijil anugerah yang diterima oleh Hamdan di persidangan tersebut. Hamdan telah menerima sijil anugerah itu daripada Presiden Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM), Prof. Madya Dr Abdul Rashi Mohamed Shariff di majlis penutupan 8th IGRSM International Conference and Exhibition on Geospatial and Remote Sensing pada 14 April. Kertas beliau bertajuk, “Quantifying Rate of Deforestation and CO2 Emission in Peninsular Malaysia using Palsar Imageries“ telah dipilih sebagai kertas terbaik daripada [...]