Monthly Archives: Ogos 2017

Utama>2017>Ogos

Penutupan fasiliti FRIM sempena Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidiladha

<a href="https://www.frim.gov.my/wp-content/uploads/2017/08/FRIM-Close-RayaHaji.jpg"><img class="aligncenter size-full wp-image-18877" src="https://www.frim.gov.my/wp-content/uploads/2017/08/FRIM-Close-RayaHaji.jpg" alt="Closed for National Day, Hari Raya Aidiladha" width="600" height="226" /></a>30 Ogos 2017 (Rabu) – Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ingin mengumumkan penutupan Galeri Penyelidikan FRIM dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) dari 31 Ogos hingga 3 September. Kampus FRIM termasuk trek berjoging, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong beroperasi seperti biasa. Kampus ini dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Harap maaf dan sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk pertanyaan atau tempahan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.

Penutupan fasiliti FRIM sempena Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidiladha2018-03-04T12:11:21+08:00

KP FRIM terima anugerah tokoh pemuliharaan alam sekitar

29 Ogos 2017 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menerima anugerah BrandLaureate Most Eminent Brand Icon Leadership 2017 bagi kategori ‘Pemuliharaan Alam Sekitar’ di Kuala Lumpur semalam. Abd Latif (tengah, kiri) menerima anugerah yang disampaikan oleh Althoff. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tan Sri Rainer Althoff, Pengerusi Asia Pacific Brands Foundation (APBF) di Majlis Award’s Gala Dinner anjuran APBF. Abd Latif dipilih sebagai penerima anugerah ini atas pencapaian dan sumbangan beliau kepada FRIM, khususnya dalam memperkasakan penyelidikan perhutanan dan konservasi ke arah memelihara warisan kebangsaan ini untuk generasi akan datang. [...]

KP FRIM terima anugerah tokoh pemuliharaan alam sekitar2019-02-10T00:35:04+08:00

FRIM dapat anugerah ‘agensi terbaik’ bagi khidmat pulih bencana

4 Ogos 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima anugerah Agensi Terbaik bagi perkhidmatan Pusat Pemulihan Bencana (DRC) dalam Projek 'Government Data Centre 2 (GDC-2)'. Maizura (berbaju merah) menerima sijil yang disampaikan oleh Suhazimah. Sijil penghargaan disampaikan oleh Dr Suhazimah Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) kepada Maizura Ishak yang mewakili Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) FRIM di Majlis Sesi Penutup Projek GDC-2 yang diadakan di Putrajaya pada 1 Ogos 2017. Sijil yang diberi kepada FRIM. Sebanyak 50 agensi termasuk FRIM mendapat perkhidmatan Pusat Data (DC) dan DRC [...]

FRIM dapat anugerah ‘agensi terbaik’ bagi khidmat pulih bencana2018-05-21T11:37:24+08:00