Monthly Archives: Januari 2018

Utama>2018>Januari

Keladan, antara dirian pokok hutan tertua ditanam di FRIM

22 Januari 2018 (Isnin) - Dirian pokok tertua di Insitut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berusia lebih daripada 100 tahun, lebih tua daripada usia institut ini. Mengikut laporan dan penerbitan lama mengenai sejarah FRIM, sebuah kawasan di Kepong (Field 12) telah dibersihkan untuk penanaman secara percubaan yang tidak sistematik sejak Disember 1910 sehingga 1912. Antara spesies yang ditanam ialah kapur (Dryobalanops aromatica) dan keladan (D. oblongifolia) daripada kaum damar (Dipterocarpaceae). Abd Latif bergambar dengan pokok keladan tersebut. Baru-baru ini, Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod dan staf Cawangan Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi (RSGI) yang diketuai [...]

Keladan, antara dirian pokok hutan tertua ditanam di FRIM2018-05-16T10:33:51+08:00

FRIM umum lantikan Timbalan KP baharu

15 Januari 2018 (Isnin) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah mengumumkan pelantikan Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Timbalan KP (Operasi) baharu semasa perhimpunan bulanan di Dataran FRIM pada 10 Januari lalu. Staf FRIM berikrar untuk mengukuhkan integriti dalam perkhidmatan. Beliau juga mengumumkan pelantikan Dr Nor Azah Mohamad Ali yang merupakan Ketua Program Pembangunan Produk Herba sejak 1 Mac 2009 sebagai Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi baharu. Abd Latif menyampaikan ucapan beliau pada majlis. Jawatan Timbalan KP (Operasi) dahulunya dipegang oleh Datuk Dr Rahim Sudin yang bersara pada hujung [...]

FRIM umum lantikan Timbalan KP baharu2019-02-10T00:30:25+08:00

FRIM tambah skop ujian perabot bagi keperluan jaminan kualiti

12 Januari 2018 (Jumaat) - Makmal Ujian Perabot (FTL) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), makmal pertama di rantau Asia yang memperoleh akreditasi ‘Furniture Industry Research Association’ (FIRA) dari United Kingdom (UK), akan menambah skop ujian seiring dengan perkembangan terkini bagi memenuhi keperluan jaminan kualiti produk tempatan. Gambar staf FTL yang diketuai Dr Khairul Awang (keempat dari kanan) bersama jurutera FIRA, Bruce Lovell (kelima dari kanan) di hadapan makmal. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif berkata makmal ini ditubuhkan sejak 1989 untuk membantu pengusaha mempertingkatkan tahap kualiti perabot bagi pasaran tempatan serta luar negara melalui ujian-ujian perabot serta khidmat [...]

FRIM tambah skop ujian perabot bagi keperluan jaminan kualiti2019-02-10T00:34:55+08:00

FRIM, DBKL rekod spesies tumbuhan Bukit Nanas

5 Januari 2018 (Jumaat) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat inventori tumbuhan bagi Hutan Simpan Bukit Nanas serta menerbitkan hasil penemuan berkenaan di journal saintifik baru-baru ini. Ahli-ahli botani menjalankan kerja inventori flora. Norzielawati (kiri) dan Imin Kamin mengutip spesimen. Kawasan hijau yang signifikan ini merupakan satu-satunya hutan simpan dalam ibu negara. Pada 2015-2016, pasukan botani FRIM yang diketuai oleh Syazwani Azeman dan Norzielawati Salleh telah menjalankan lawatan bulanan ke hutan tersebut untuk mencatat kekayaan tumbuhan di situ. Kajian sepanjang tahun ini merekodkan 425 spesies dalam hutan yang bersaiz [...]

FRIM, DBKL rekod spesies tumbuhan Bukit Nanas2018-05-16T10:39:56+08:00