Felo FRIM terima Pingat Royal Botanic Garden Edinburgh

14 Julai 2016 (Khamis)- Felo Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Saw Leng Guan telah menerima anugerah Pingat Royal Botanic Garden Edinburgh (RBGE) yang berprestij pada 11 Julai lalu atas kecemerlangan beliau sebagai ahli taksonomi dan sumbangan dalam penyelidikan biodiversiti di Malaysia serta peranan yang dimainkan olehnya dalam usaha pemuliharaan selama lebih daripada 30 tahun. Milne (kiri) menyampaikan pingat kepada Saw. RBGE merupakan sebuah institusi penyelidikan antarabangsa terkemuka yang menyampaikan pengetahuan, pendidikan dan tindakan pemuliharaan tumbuhan di seluruh dunia. Pingat tersebut dianugerahkan sebagai pengiktirafan sumbangan individu yang cemerlang dalam mana-mana bidang berkaitan dengan RBGE. Pingat RBGE yang pertama [...]