SPF Mata Ayer terima anugerah cemerlang keselamatan pekerjaan

Sijil Penghargaan daripada JKKP Negeri Perlis. 18 Oktober 2016 (Selasa) – Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Mata Ayer (SPF Mata Ayer) telah menerima Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi Sektor Perkhidmatan Awam daripada Jabatan KKP (JKKP) Negeri Perlis baru-baru ini. Anugerah dalam bentuk sijil penghargaan ini yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan KKP Negeri Perlis, Rukairulaizamm Ab Rahman, diterima oleh Pengurus Stesen, Ahmad Fauzi Mohd Shariff di Majlis Anugerah Kecemerlangan KKP, Kuala Perlis, pada 13 Oktober. Ahmad Fauzi (keempat dari kanan) bergambar dengan semua penerima anugerah, Rukairulaizamm (kot hitam, keenam dari kiri) dan Mohamad [...]