Sijil Penghargaan daripada JKKP Negeri Perlis.

18 Oktober 2016 (Selasa) – Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Mata Ayer (SPF Mata Ayer) telah menerima Anugerah Kecemerlangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi Sektor Perkhidmatan Awam daripada Jabatan KKP (JKKP) Negeri Perlis baru-baru ini.

Anugerah dalam bentuk sijil penghargaan ini yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan KKP Negeri Perlis, Rukairulaizamm Ab Rahman, diterima oleh Pengurus Stesen, Ahmad Fauzi Mohd Shariff di Majlis Anugerah Kecemerlangan KKP, Kuala Perlis, pada 13 Oktober.

Ahmad Fauzi (keempat dari kanan) bergambar dengan semua penerima anugerah, Rukairulaizamm (kot hitam, keenam dari kiri) dan Mohamad Azrul (berbaju batik, ketujuh dari kiri).

Seramai 10 penerima anugerah dari agensi-agensi kerajaan serta sektor swasta (iaitu perusahaan kecil dan sederhana) yang diraikan dalam majlis tersebut. Anugerah ini diberi sebagai penghargaan atas pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994; Akta Kilang dan Jentera; serta peraturan-peraturan berkenaan.

Tujuan anugerah ini diadakan adalah untuk melahirkan warga kerja 1Malaysia yang mempunyai pengetahuan terperinci mengenai budaya kerja selamat dan sihat.

Turut hadir ialah Mohamad Azrul Abd Malek yang merupakan Timbalan Pengarah JKKP Negeri Perlis dan Zainol Abu, Pembantu Penyelidik FRIM.