Pakar tanah terima MBR ke-46 FRIM
14 April 2023 (Jumaat) – Saintis tanah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr V. Jeyanny Vijayanathan telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) bagi ‘First Malaysian soil scientist to be selected as panel for Food and Agriculture Organization (FAO) Intergovernmental Technical Panel of Soils (ITPS)’ yang merupakan rekod MBR ke-46 bagi FRIM. Sijil pengiktirafan MBR berkenaan disampaikan oleh Siti Hajar Johor, Perunding Rekod Kanan MBR di Ibu Pejabat MBR, Kuala Lumpur pagi tadi. Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM; Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee serta Pegawai Penyelidik, Praveena Balai Kerishnan. Jeyanny dilantik sebagai ahli ITPS [...]