FRIM anjur seminar khas di Kongres Perhutanan Sedunia
7 Mei 2022 (Sabtu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan seminar khas yang merupakan ‘side event’ sempena Kongres Perhutanan Sedunia ke-15 (The XV World Forestry Congress 2021 atau WFC) yang berlangsung di Seoul, Korea, semalam. Seminar ‘Mangrove Planting Initiatives in ASEAN Countries: Post Indian Ocean Tsunami 2004’ ini bertemakan, 'Turning the tide: reversing deforestation and forest degradation' dan 'Nature-based solutions for climate-change adaptation and mitigation and biodiversity conservation'. Acara ini merupakan platform bagi menyampaikan usaha penanaman pokok bakau dan spesies pesisiran pantai serta hasil kajian yang telah dijalankan di Malaysia, Indonesia dan Thailand selepas bencana tsunami pada 26 Disember [...]