Monthly Archives: Disember 2016

>>Disember

KP FRIM terima Anugerah Tokoh R&D

16 Disember 2016 (Jumaat) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menerima Anugerah Perdana bagi kategori Tokoh Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) 2016 daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN). Abd Latif (ketiga dari kanan) menerima trofi anugerah daripada Mustapa (ketiga dari kiri) di upacara penyampaian anugerah. Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyampaikan anugerah tersebut di upacara yang diadakan sempena Majlis Pelancaran Buku Dikir Barat di Persidangan Buku Antarabangsa 2016 semalam. Persidangan anjuran bersama YPBN, IIUM Press, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ini diadakan [...]

KP FRIM terima Anugerah Tokoh R&D2018-05-21T11:54:45+08:00

Malaysia menang Anugerah Emas CHM

12 Disember 2016 (Isnin) - Malaysia telah memenangi Anugerah Emas baru-baru ini bagi pembangunan laman sesawang Malaysia Biological Diversity Clearing House Mechanism (MyCHM) di Persidangan ke-13 Negara-negara Anggota kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP13) yang diadakan di Cancun, Mexico, 4 hingga 17 Disember 2016. Dr Lillian Chua (depan, kiri) Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM memegang trofi serta sijil dan delegasi Malaysia bergambar bersama Rafael Pacchiano Alamán, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli Mexico (tengah, berbaju putih) dan juga Dato’ Azmi Nordin, Pengarah Silvikultur dan Pemuliharaan Biodiversiti Hutan JPSM (paling kiri) selepas sesi plenari. Trofi dan sijil anugerah diberi atas pencapaian paling [...]

Malaysia menang Anugerah Emas CHM2019-04-04T10:24:00+08:00