TKP FRIM terima Anugerah Standardisasi Kebangsaan 2016

18 April 2017 (Selasa) - Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Standardisasi Kebangsaan 2016 (Kategori Individu) di Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan 2017 baru-baru ini. Rahim di majlis anugerah. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah menyampaikan anugerah kepada Rahim di majlis yang diadakan pada 31 March lalu di Kuala Lumpur. Rahim (kedua dari kiri) menerima sijil anugerah daripada Abu Bakar (tengah). Tiga penerima lain bagi anugerah kategori tersebut ialah Prof. Dr Zairi Jaal dari Universiti Sains Malaysia, Dr [...]