18 April 2017 (Selasa) – Datuk Dr Rahim Sudin, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Standardisasi Kebangsaan 2016 (Kategori Individu) di Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan 2017 baru-baru ini.

Rahim di majlis anugerah.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah menyampaikan anugerah kepada Rahim di majlis yang diadakan pada 31 March lalu di Kuala Lumpur.

Rahim (kedua dari kiri) menerima sijil anugerah daripada Abu Bakar (tengah).

Tiga penerima lain bagi anugerah kategori tersebut ialah Prof. Dr Zairi Jaal dari Universiti Sains Malaysia, Dr Teng Wan Dung (SIRIM Berhad) dan Dr Faridah Hanim Ab Hanan (Lembaga Getah Malaysia). Mereka telah membangunkan lebih daripada 20 standard berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Sepanjang kerjayanya, Rahim telah memberikan sumbangan sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Wood Based Panel Products; Ahli Kumpulan Pakar ISO/ TC 89 Wood Based Panel; Ahli Jawatankuasa (AJK) Teknikal On Timber & Wood-Based serta AJK Standard Perindustrian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran (ISC M).

Abu Bakar (tengah) bergambar dengan semua penerima Anugerah Standardisasi Kebangsaan 2016 (Kategori Individu).

Majlis yang dihadiri seramai 200 orang ini dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia untuk memupuk ‘budaya celik kualiti’ dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda.

Pada tahun 2012, FRIM telah menerima Anugerah Penghargaan Pengguna Malaysian Standards di Majlis Anugerah Standard dan Akreditasi Kebangsaan.