Monthly Archives: Jun 2019

FRIM sedia bantu industri perhutanan Sarawak

28 Jun 2019 (Jumaat) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedia membantu industri perhutanan Sarawak dengan menawarkan perkhidmatan, kepakaran dan hasil penyelidikannya. Bagi mempromosikan khidmat ini, FRIM telah menganjurkan program Bicara Teknologi FRIM dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak di Kuching pada 26 Jun lalu. Program ini merupakan platform bagi FRIM untuk berkongsi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta teknologi terkini dalam bidang perhutanan dengan para pengurus, usahawan dan pihak industri bagi menyokong pengurusan hutan dan penggunaan sumber-sumber berasaskan hutan secara lestari serta pembangunan produk hutan bermutu ke arah meningkatkan ekonomi negara. Khali Aziz (kiri) dan Wan Lizozman berucap [...]

FRIM sedia bantu industri perhutanan Sarawak2019-08-02T09:34:03+08:00

Warga FRIM sambut Hari Raya bersama BLP

21 Jun 2019 (Jumaat) - Warga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Bahagian Latihan Perhutanan (BLP), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah mengadakan Program Gegar Vaganza Raya FRIM-BLP 2019 di Dewan Alwy pagi tadi. Abd Latif (kiri) dan Yusuf menyampaikan ucapan masing-masing.  Abd Latif menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Tabika FRIMdengan diperhatikan oleh Borhanudin (paling kanan).  Sambutan kongsi raya yang julung-julung kali diadakan bersama oleh kedua-dua pihak ini dimulakan dengan persembahan koir dan ucapan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM serta Yusuf Yahya, Ketua Seksyen Pembangunan Latihan dan Kerjaya BLP. KP FRIM juga menyampaikan manual [...]

Warga FRIM sambut Hari Raya bersama BLP2019-08-02T09:34:52+08:00

KP FRIM tinjau habitat kelip-kelip Kampung Dew

13 Jun 2019 (Khamis) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah melawat Kampung Dew, Sungai Sepetang, Taiping, Perak baru-baru ini untuk meninjau habitat populasi kelip-kelip di kawasan tersebut serta mengadakan perbincangan dengan komuniti tempatan. Beliau telah berjumpa dengan beberapa wakil komuniti yang terlibat dalam aktiviti pelancongan kelip-kelip di situ untuk memahami dengan lebih jelas isu berkaitan kelip-kelip yang dihadapi. Pegawai-pegawai penyelidik Cawangan Entomologi FRIM, Veronica Khoo dan Dr Phon Chooi Khim turut berkongsi maklumat kajian serta pengalaman pemuliharaan habitat kelip-kelip yang pernah dilaksanakan. Abd Latif (tengah, berbaju biru) mengadakan perbincangan dengan [...]

KP FRIM tinjau habitat kelip-kelip Kampung Dew2019-08-02T09:54:26+08:00