28 November 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan program Bicara Teknologi FRIM yang bertemakan, ‘Perhutanan Lestari: Inovasi dan Solusi’ semalam di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.

Program yang dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIMini bertujuan mengetengahkan hasil dan output projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM, memenuhi keperluan pemegang taruh dalam bidang perhutanan dan produk hutan secara amnya serta menyediakan kaedah penyelesaian dan platform perkongsian maklumat dalam bidang tersebut.

Bicara teknologi
Samsudin (kiri) dan Norhayati menyampaikan ucaptama masing-masing.
Abd Latif berucap pada majlis perasmian sambil diperhatikan oleh Khali Aziz (paling kiri) dan Samsudin.  Samsudin (kiri) dan Norhayati menyampaikan ucaptama masing-masing. 

Dalam ucapan perasmiannya, Abd Latif berkata, “FRIM berada dalam kedudukan unik memandangkan ia mempunyai kepakaran dalam hampir semua aspek huluan dan hiliran perhutanan termasuk pemuliharaan biodiversiti, pengurusan hutan pengeluaran, perhutanan bandar, perhutanan ladang, ekopelancongan, serta produk kayu dan herba”.

Turut hadir, Dr Samsudin Musa, Timbalan KP (Penyelidikan); Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); Datuk Nadzir Sheikh Fazir, Anggota Institut serta pengarah-pengarah bahagian FRIM yang lain.

Program bersiri ini yang dimulakan di Zon Utara melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Lebih 100 peserta yang terdiri daripada wakil agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan bidang perhutanan; pihak berkuasa tempatan; pemaju perumahan dan pembangunan kawasan; pengusaha ladang hutan dan herba; pengurus landskap serta individu yang berminat telah menyertai program tersebut.

Dari kiri: Dr Norwati Muhammad, Dato’ Dr Marzalina Mansor (Bahagian Bioteknologi Perhutanan) dan Dr Hamdan Husain (Bahagian Keluaran Hutan) berkongsi hasil R&D masing-masing pada sesi pembentangan.
Sebahagian daripada peserta dan penganjur program.
Dari kiri: Dr Norwati Muhammad, Dato’ Dr Marzalina Mansor (Bahagian Bioteknologi Perhutanan) dan Dr Hamdan Husain (Bahagian Keluaran Hutan) berkongsi hasil R&D masing-masing pada sesi pembentangan.  Sebahagian daripada peserta dan penganjur program. 

Pakar dan penyelidik FRIM daripada pelbagai bidang berkaitan perhutanan dan alam sekitar; biodiversiti hutan; hasilan semula jadi; bioteknologi perhutanan serta keluaran hutan telah berkongsi hasil kajian serta perkhidmatan dalam sesi pembentangan serentak yang diadakan selepas majlis perasmian dan pembentangan ucaptama. Pembentangan ucaptama bertajuk, ‘FRIM: pusat kecemerlangan R&D perhutanan’, yang disampaikan oleh Samsudin dan ‘FRIM: a reservoir of potential’ oleh Norhayati Nordin, Pengarah Inovasi dan Komersialisasi.

Puad Elham (kiri), pakar tenaga diperbaharui FRIM memberi penerangan kepada salah seorang peserta.
Puad Elham (kiri), pakar tenaga diperbaharui FRIM memberi penerangan kepada salah seorang peserta. 

Program berakhir dengan sesi ‘Business Matching’ juga diadakan untuk perbincangan lanjut antara para peserta dengan pegawai-pegawai FRIM.