MAKLUMAT TERKINI
FRIM kongsi pencapaian komersialisasi
18 November 2022 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mempamerkan pencapaian R&D, reka cipta, inovasi serta teknologi yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi berasaskan sumber hutan pada Hari Komersialisasi FRIM 2022 (HKF 2022) di Auditorium FRIM, Kepong, semalam.
Program HKF 2022 dilaksanakan seiring dengan usaha FRIM dan industri atau pemegang taruh untuk mengarusperdana serta merakyatkan hasil komersialisasi produk, pakej teknologi, kepakaran, khidmat teknikal serta pensijilan bagi memperkasakan industri tempatan.
HKF 2022 telah dirasmikan oleh Abdul Wahid Abu Salim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Turut hadir, Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Noor Azlin, Yahya, Timbalan KP (Operasi); ; Dr Norwati Muhammad, Timbalan KP (Penyelidikan); Mahmudin Saleh, Pengarah Inovasi dan Komersialisasi FRIM; dan Wan Jusaini Rizal Wan Nasruddin, Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Incorporated (FRIM Inc.).
Program anjuran bersama FRIM Inc. ini dihadiri 284 orang termasuk wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, pengusaha serta pemain-pemain industri herba, bioteknologi dan perladangan hutan, industri penggunaan biojisim mesra alam dan industri berasaskan sumber hutan.
Pada majlis ini, FRIM turut mengadakan acara pertukaran dokumen komersial dengan syarikat Nature Profusion, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayal Jempol Berhad, FRIM Inc. dan International Agroforest Resources.
Selain itu, majlis turut menyaksikan penyerahan Modul Pensijilan Produk bagi Kertas Percetakan Mesra Alam daripada Tandan Kosong Kelapa Sawit PRC-REMP yang dibangunkan oleh pakar FRIM kepada Next Green Global Berhad.
Ismail turut menyampaikan sijill kepada para penerima Anugerah Apresiasi Komersialisasi FRIM 2022 atas pencapaian dan sumbangan mereka dalam usaha meningkatkan komersialisasi FRIM.
Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan sepanjang HKF 2022 ialah:
- Sesi Forum Pengkomersialan Teknologi,
- Pameran oleh 20 agensi, syarikat dan wakil-wakil FRIM, dan
- Jualan ‘Food Truck & Carboot’.
HKF 2022 participants posing for a group photograph. | From left: Mahmudin, Ismail, Abdul Wahid and Wan Jusaini Rizal during the commercial document exchange ceremony. |
Abdul Wahid (second from right) accompanied by Ismail (far right) during the exhibition booth visit. | The list of Commercialisation Appreciation Awards recipients (left) and details of the Technology Commercialisation Forum Session. |
Maklumat Terkini