28 Februari 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan wakil komuniti setempat Taman Ehsan telah mengadakan perbincangan pada 22 Februari untuk menangani isu konflik antara monyet dan komuniti di kawasan perumahan berkenaan.

discuss monkey issue

Semasa sesi dialog tersebut di Bilik Mesyuarat Shorea.

Sesi dialog yang dipengerusikan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM dihadiri Ghazali Zawawi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Ehsan dan Mariam Ernest, penduduk Taman Ehsan.

Dari kiri: Khali Aziz, Toh dan Liza mendengar cadangan Mariam semasa perbincangan.

Mohammad Shahfiz Azman, pakar zoologi FRIM menyampaikan taklimat mengenai populasi dan ekosistem primat di FRIM; Mohamad Akhir Abdul Rahman, wakil pentadbiran serta Mazli Abdul Wahab, wakil Cawangan Hutan Bandar menerangkan usaha pencegahan isu monyet dan penyelenggaraan pokok di Taman Ehsan. Abd Rahim Othman, Pengarah PERHILITAN Selangor pula berkongsi pengalaman dan tindakan PERHILITAN serta langkah-langkah pencegahan yang diambil berkenaan isu konflik dengan hidupan liar.

Dari kiri: Mohammad Shahfiz, Mohamad Akhir, Mazli, Abd Rahim dan Ghazali.

Semasa sesi perbincangan, semua pihak bersetuju untuk memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama dalam menangani isu tersebut. FRIM akan terus meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengunjung agar tidak memberi makanan kepada haiwan liar; PERHILITAN akan terus menangani aduan monyet liar dengan memasang perangkap bagi mengawal populasi; dan penduduk di sekeliling kawasan FRIM juga perlu memberi kerjasama yang bersepadu dalam mengurangkan faktor-faktor tarikan haiwan seperti memastikan sampah dibuang di tempat yang sesuai dan tertutup.

Turut hadir, Pengarah Pentadbiran, Liza Ismail; Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee; Ahmad Mashur Julaihi, Pengarah PERHILITAN Wilayah Persekutuan serta wakil-wakil lain.