5 Jun 2021 (Sabtu) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Ismail Parlan bersama-sama isteri, Norazian Adam telah menanam pokok mulberi, putat, limau kasturi dan limau nipis di perkarangan kediamannya di Rawang pagi tadi sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Warga FRIM bersama ahli-ahli keluarga turut menanam pokok pada hari ini termasuk Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan; Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran; Dr Ang Lai Hoe, Penyelaras Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor (SPF Bidor); Dr Sharmiza Adnan (Pengarah Urusan Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM); Nik Azyyati Abdul Kadir (Cawangan Pendidikan Alam Sekitar); Amrah Toha (Pejabat KP); Rashidah Hasnim (Program Ekohidrologi); Muhammad Fakrullah Haziq Hashim (Biodiversiti Hutan); Mohd Nazri Abdul Latif dan Edi Hermi Muhamad Ramli (Unit Komunikasi Korporat); Mohamad Izham Mohd Ariffin (Bioteknologi Perhutanan); Salen Ismail serta Latifamir Ibrahim (Unit Bengkel dan Kenderaan); Zaidi Azis (SPF Mata Ayer); Wan Nafizul Hal-Alim Wan Ahmad (Program Eko-pelancongan dan Hutan Bandar) dan Musalmah Nasardin (SPF Pasoh).

Khali Aziz (kiri) dan Gan menyampaikan ucapan.
Semasa penyampaian anugerah.
Ismail (kiri) dan Norazian menanam pokok di perkarangan kediaman. Ismail bersama pokok Khaya ditanam 10 tahun lepas (gambar kecil). Dari kiri: Liza, Mohd Zaki dan Sharmiza menanam pokok masing-masing.

Ismail mengucapkan syabas kepada semua yang telah turut serta sebagai tanda prihatin terhadap alam sekitar walaupun dengan sumbangan yang kecil ini yang sebenarnya ada impak yang besar. 

“Pokok-pokok yang ditanam akan menyumbang kepada ekosistem dan iklim yang lebih baik, di samping berfungsi sebagai pembekal oksigen dan takungan karbon,” kata beliau.

Beliau juga berharap agar sambutan ini dapat memupuk budaya menghargai alam sekitar dalam semua aspek kehidupan seperti amalan kitar semula, penggunaan bag plastik sekali guna dan juga membuang sampah di tempat yang betul, lebih-lebih lagi kepada generasi muda.

‘Hari Alam Sekitar Sedunia’ disambut setiap tahun pada 5 Jun. Sambutan ini diperkenalkan pada 1972 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada persidangan yang diadakan di Stockholm, Sweden. Mulai 1974, sambutan yang bertujuan menggalakkan kesedaran global serta mempertingkatkan tindakan dalam menangani isu-isu alam sekitar ini diraikan oleh 143 negara.

Khali Aziz (kiri) dan Gan menyampaikan ucapan.
Semasa penyampaian anugerah.
Dari kiri: Penanaman pokok di SPF Pasoh, Bidor dan Mata Ayer. Edi Hermi (kedua dari kiri) menanam pokok rambutan bersama ahli keluarga.