3 Ogos 2021 (Selasa) – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan The Habitat Foundation telah menganjurkan webinar ‘Mass Flowering of the Rainforest Malaysia’ pada 30 Julai lalu.

Webinar ini diadakan untuk berkongsi hasil penyelidikan yang menarik mengenai pembungaan besar-besaran (mass flowering) serta mengetengahkan strategi dan aktiviti yang dilakukan oleh pelbagai agensi serta organisasi untuk memastikan pengeluaran bahan penanaman secara besar-besaran untuk pemuliharaan dan restorasi hutan.

Moderator webinar.
Senarai pembentangan.
Ismail sebagai moderator webinar tersebut. Senarai topik oleh para pembentang.

Sesi ini adalah siri webinar Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang kedua. Lebih 1,200 peserta dari beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Jepun dan Australia telah menyertai webinar yang diadakan secara serentak melalui Zoom dan FB Live.

“Saya berharap penemuan yang diperoleh melalui pelbagai kajian yang dikemukakan dalam webinar ini akan memberi manfaat dari segi pemahaman terhadap isu dan cabaran serta peluang yang berkaitan dengan usaha menyediakan bahan tanaman untuk projek pemulihan dan pemuliharaan hutan,” kata Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan dalam ucapan pembukaannya. Ismail juga merupakan moderator webinar ini.

Poster webinar.
Silara pokok kapur.
Poster promosi webinar.  Silara pokok kapur yang penuh dengan buah semasa fenomena pembungaan besar-besaran.

Topik-topik menarik yang dibentangkan ialah:

  1. ‘Pattern of flowering in Peninsular Malaysia’s forest: Trend over a 30-year period’ by Nashatul Zaimah Noor Azman, Ketua Makmal Teknologi Biji Benih, FRIM;
  2. ‘Seeds collection for ecosystem restoration’ – Mohd. Rizal Sabran, Ketua Seksyen Teknologi Bahan Tanaman, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia;
  3. ‘General flowering of tropical forest and its implication to forestry in Sabah’ – Dr Reuben Nilus, Ketua Program Pengurusan Ekosistem Hutan, Jabatan Perhutanan Sabah;
  4. ‘Managing source of planting materials in governing Sarawak’s greening programme’ – Zarina Shebli, Penolong Pengarah Bahagian Restorasi dan Industri Hutan, Jabatan Hutan Sarawak;
  5. ‘Community-powered conservation: A voluntary dipterocarp seed project’ – Afzan Abdul Aziz, Pengurus Projek ‘Elmina Rainforest Knowledge Centre’, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika; and
  6. ‘NGO role towards greening programme through CEPA’ – Prof. Dr Ahmad Ismail, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia.