Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Maran terletak di Ulu Luit, Maran, Pahang, bersebelahan dengan Hutan Simpan Betong. Kawasan perkampungan peneroka yang terdekat ialah Kampung Ulu Luit, yang terletak 1 km dan dihubungkan dengan jalan raya. Jarak antara stesen penyelidikan ini dengan pekan Maran adalah 16 km, dalam perjalanan ke Kuantan, manakala dari FRIM Kepong adalah 197 km. Stesen ini meliputi 50 ha kawasan berbukit dengan kecerunan daripada 2-35 darjah.

Stesen penyelidikan ini di bawah Bahagian Hasilan Semula Jadi, FRIM. Ia ditubuhkan pada tahun 2000 selepas memperoleh status tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang, untuk memberi manfaat kepada tumbuhan ubatan ke arah membangunkan produk farmaseutikal baharu.

Selaras dengan peningkatan permintaan produk herba di Malaysia, keperluan bahan mentah juga telah meningkat. Atas sebab ini, penuaian sumber semula jadi dari hutan semula jadi tidak dapat dielakkan. Kemerosotan sumber berlaku pada kadar yang membimbangkan dan tanpa kawalan yang betul, bahan-bahan ini akan pupus.

Dengan ini, FRIM telah menubuhkan Stesen Penyelidikan Maran untuk tujuan menanam dan memproses tumbuhan herba serta tapak pemuliharaan ex-situ di mana semua penyelidikan mengenai penanaman tumbuhan herba dan pemprosesan asas akan bertapak di sini. Sebagai sebuah institusi penyelidikan, FRIM telah memainkan peranan aktif ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber semula jadi, oleh itu, FRIM telah mengambil cabaran untuk mengatasi dan memberikan penyelesaian kepada masalah itu.

Kemudahan yang disediakan:

  • Plot eksperimen dan pemuliharaan
  • Rumah hijau
  • Tapak semaian
  • Kawasan latihan (maksimum 15 orang)
  • Bilik mesyuarat (maksimum 10 orang)

Penanaman tumbuhan ubatan di sub-stesen bermula di kawasan terbuka pada tahun 2000, bermula dengan tongkat ali (Eurycoma longifolia), misai kucing (Orthosiphon aristatus) dan mengkudu (Morinda citrifolia). Diikuti dengan penanaman tongkat ali (Eurycoma longifolia), kacip fatimah (Labisia pumila), pudina (Mentha arvensis), tutup bumi (Elephantopus scaber) dan kunyit (Curcuma domestica) di kawasan ladang kelapa sawit pada tahun 2003. Pada masa ini, kira-kira 40% daripada jumlah kawasan telah ditanam dengan herba perubatan.

Perkhidmatan maklumat dan khidmat nasihat mengenai pembiakan dan penggunaan herba dan tumbuhan ubatan, dan penanaman stok adalah tersedia kepada orang ramai bergantung atas permintaan.

Objektif utama sub-stesen adalah seperti berikut;

  • Memenuhi polisi pembangunan negara dalam penyelidikan sektor bioteknologi
  • Bertindak sebagai tapak pengumpulan herba dan tumbuhan ubatan
  • Menjalankan penyelidikan, usaha pemuliharaan, pembiakan tumbuhan dan penanaman herba dan tumbuhan ubatan melalui teknik perladangan bersepadu
  • Menjadi satu pusat maklumat sehenti yang khusus pada pembiakan, penanaman spesies alternatif yang berpotensi dan pusat untuk teknologi pasca tuai bagi herba dan tumbuhan ubatan yang popular
  • Menjadi satu pusat maklumat dan membangunkan teknik-teknik moden berdasarkan amalan perubatan tradisi, untuk manfaat generasi akan datang.

Pn. Hada Masayu Bt. Ismail@Dahlan (Penyelaras)
Tel: 036279 7781
Emel: hada[at]frim[dot]gov[dot]my

En. Sharmizi Bin Ismail (Pengurus)
Tel : 09546 9919
Emel : sharmizi[at]frim[dot]gov[dot]my