Monthly Archives: Disember 2017

Utama>2017>Disember

Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 4 Jan 2018

Sampel pelekat kenderaan. 29 Disember 2017 (Jumaat) – Permohonan dan pembaharuan pas rekreasi serta pelekat kenderaan untuk memasuki Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi tahun 2018 akan bermula dari 4 sehingga 31 Januari di Unit Fasiliti FRIM yang terletak bersebelahan dengan Kafeteria di Blok F3. Mereka yang ingin memperbaharui pas rekreasi hanya perlu menunjukkan pas lama dan membuat bayaran, manakala pemohon baharu perlu mengisi borang permohonan (borang permohonan pas riadah dan/ atau permohonan pelekat kereta), membawa dua keping gambar bersaiz passport serta membuat bayaran. Walau bagaimanapun, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk memohon. Kaunter Unit Fasiliti akan beroperasi [...]

Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 4 Jan 20182019-02-10T00:31:50+08:00

FRIM terima Anugerah Citra Sahabat DBP

8 Disember 2017 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2017 bagi kategori sektor awam. Azharizan (kanan) menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2017 yang disampaikan oleh Alias sambil diperhatikan oleh Abdul Adzis. Anugerah tersebut disampaikan oleh Dato’ Sri Alias Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan kepada Azharizan Mohamad Norizan, Pegawai Penyelidik FRIM di Majlis Anugerah Hari Inovasi DBP 2017 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi. Anugerah ini merupakan pengiktirafan sumbangan FRIM terhadap slot ‘Informasi Perhutanan oleh FRIM’ dalam Dewan Kosmik dan Dewan Ekonomi terbitan DBP [...]

FRIM terima Anugerah Citra Sahabat DBP2018-05-21T09:37:48+08:00