Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 4 Jan 2018

FRIM pass starts 4 Jan 2018

Sampel pelekat kenderaan.

29 Disember 2017 (Jumaat) – Permohonan dan pembaharuan pas rekreasi serta pelekat kenderaan untuk memasuki Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi tahun 2018 akan bermula dari 4 sehingga 31 Januari di Unit Fasiliti FRIM yang terletak bersebelahan dengan Kafeteria di Blok F3.

Mereka yang ingin memperbaharui pas rekreasi hanya perlu menunjukkan pas lama dan membuat bayaran, manakala pemohon baharu perlu mengisi borang permohonan (borang permohonan pas riadah dan/ atau permohonan pelekat kereta), membawa dua keping gambar bersaiz passport serta membuat bayaran. Walau bagaimanapun, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk memohon.

Kaunter Unit Fasiliti akan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Khamis; serta dari 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 3.00 petang hingga 4.30 petang pada Jumaat. Manakala, pada hujung minggu dan hari cuti umum, kaunter akan dibuka dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Bayaran tahunan pas rekreasi masih kekal seperti berikut:

  • Pas Riadah bagi individu bawah 50 tahun: RM40;
  • Pas Riadah bagi setiap pelajar/warga emas/pesara kerajaan: RM20;
  • Pas Riadah bagi keluarga (suami, isteri dan anak-anak bawah 18 tahun): RM70; dan
  • Pas Sukan (penyewa tetap gelanggang badminton, skuash dan tenis): RM20.

Waktu yang dibenarkan untuk beriadah di kawasan FRIM adalah antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi, dan 8.30 pagi hingga 7.30 petang sahaja. Tiada pelawat dibenarkan masuk ke kampus FRIM selepas jam 6.30 petang, dan tiada yang dibenarkan beriadah selepas jam 7.30 petang kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah FRIM.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-62797074 / 7561 atau emel: nazly@frim.gov.my / rosmaniza@frim.gov.my.

Klik di sini untuk versi Bahasa Mandarin

 

2018-05-31T15:30:24+00:00
Font Resize
Contrast