Monthly Archives: Februari 2018

Utama>2018>Februari

FRIM sertai forum antarabangsa anjuran NIES

26 February 2018 (Isnin) – Para penyelidik Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai Forum Antarabangsa Mengenai Kelestarian Masa Depan Asia ke-3 (3rd International Forum on Sustainable Future in Asia) yang dianjurkan oleh National Institute for Environmental Studies (NIES), Jepun pada 23–24 Januari lalu di Kuala Lumpur. Ismail menyampaikan ucaptama Forum tersebut bertujuan untuk memacu pihak berkepentingan negara dan serantau termasuk kerajaan, sektor swasta, rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memenuhi komitmen global terutamanya yang berkaitan dengan perubahan iklim, pengurusan sisa, biodiversiti, risiko alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat secara umum. Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Dr Ismail Harun membentangkan ucaptama [...]

FRIM sertai forum antarabangsa anjuran NIES2018-05-16T10:25:15+08:00

Peserta WUF9 lawat FRIM

20 Februari 2018 (Selasa) - Sebanyak 65 peserta 'World Urban Forum' ke-9 (WUF9) telah melawat kampus FRIM di Kepong pada 10 dan 11 Februari lalu. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengetengahkan FRIM sebagai salah satu kawasan hijau bandar yang terbaik di Malaysia. Dari kiri: gambar berkumpulan peserta pada 10 dan 11 Februari. Peserta dari 16 buah negara ini disambut oleh Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kementerian Alam Sekitar dan Alam Sekitar (NRE), Mohd Azuwan Abdullah; dan Ketua Komunikasi Korporat FRIM. Toh An Nee. Kumpulan kedua yang melawat FRIM pada 11 Februari disambut oleh Pegawai Perhubungan [...]

Peserta WUF9 lawat FRIM2019-02-10T00:34:59+08:00

KP lengkapkan 33 MBR bagi Ulang Tahun ke-33 FRIM

19 Februari 2018 (Isnin) – Lima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) yang diterima Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod baru-baru ini telah menyempurnakan sasaran FRIM untuk mendapat 33 rekod MBR sempena Ulang Tahun ke-33 FRIM tahun ini. Abd Latif bergambar bersama lima sijil MBR yang diterima. Dua sijil pengiktirafan MBR telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong semasa majlis perasmian FRIM Inc pada 2 Februari lalu.  Pada Januari lalu, Timbalan Pengurus Besar MBR, Mohamad Alex Edward telah menyampaikan tiga sijil MBR kepada Abd Latif di pejabat KP. Abd Latif [...]

KP lengkapkan 33 MBR bagi Ulang Tahun ke-33 FRIM2019-04-02T09:47:54+08:00

VIC, Galeri Penyelidikan FRIM tutup sempena Tahun Baharu Cina

Dari kiri: Galeri Penyelidikan FRIM dan VIC FRIM. 14 Februari 2018 (Rabu) – Galeri Penyelidikan FRIM dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 16–18 Februari 2018, sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Kampus FRIM termasuk trek berjoging, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong akan beroperasi seperti biasa. Kampus ini dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Selain itu, VIC dan galeri tersebut akan ditutup semasa cuti sambutan berikut: Perayaan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 15-18 Jun 2018 Hari Raya Aidiladha 22–26 Ogos 2018 Hari Kebangsaan 30 [...]

VIC, Galeri Penyelidikan FRIM tutup sempena Tahun Baharu Cina2018-05-16T10:28:00+08:00

FRIM bantu pulihara Rumah Penghulu Abu Seman

13 Februari 2018 (Selasa) – Ramai yang mungkin tidak mengetahui bahawa Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah terlibat secara aktif dalam membantu pemuliharaan Rumah Penghulu Abu Seman yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong yang popular di Kuala Lumpur. Pegawai penyelidik FRIM, Dr Khairul Awang dan Dr Mohd Tamizi (kanan) di hadapan Rumah Penghulu Abu Seman pada 2017. Diberi penarafan bintang 4.5 bintang oleh TripAdvisor, rumah ini dipercayai dibina 90 tahun sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Badan Warisan Malaysia (BWM) berhampiran dengan Bukit Bintang dari Kampung Sungai Kechil, Mukim Bagan Semak, Bandar Baharu, Kedah, di bawah projek inisiatif [...]

FRIM bantu pulihara Rumah Penghulu Abu Seman2019-02-10T00:15:31+08:00

Makmal perlindungan api FRIM pastikan keselamatan awam terjamin

29 Januari 2018 (Isnin) ­– Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mempunyai Makmal Perlindungan Api (FPL) yang pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada 1979 untuk menjalankan penyelidikan ketahanan kayu dan produk kayu demi memastikan keselamatan harta benda dan nyawa terpelihara. Mohd Radzi (paling kiri) bersama dif-dif jemputan lain semasa perasmian relau FPL. Makmal tersebut telah mendapat pengiktirafan ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Makmal Perlindungan Api Pertama (First Fire Protection Laboratory) pada 24 September 2012. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata, “FPL FRIM merupakan perintis dalam ujian prestasi api komponen bangunan dan teknologi ini harus dipromosikan bagi memanfaatkan [...]

Makmal perlindungan api FRIM pastikan keselamatan awam terjamin2019-02-10T00:34:56+08:00