Monthly Archives: Jun 2018

FRIM kekal Akreditasi ISO/IEC 17025

29 Jun 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengekalkan akreditasi ISO/IEC 17025:2005 susulan daripada audit pemantauan yang diadakan pada 26–28 Jun lalu. Audit pemantauan tersebut dijalankan oleh juruaudit daripada Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) yang terdiri daripada Tan Kim Ho, Wong Siew Kwan dan Woo Seng Khee. Mereka telah membuat pemantauan terhadap makmal-makmal di bawah bidang mekanikal dan fizikal pada 26–27 Jun; manakala Tan Kim Ho, Prof. Dr Son Radu dan Sim Ah Bah pula bagi bidang mikrobiologi dan biologi pada 28 Jun. Mesyuarat pembukaan audit di Bilik Mesyuarat Ixora.  Ismail berucap di mesyuarat [...]

FRIM kekal Akreditasi ISO/IEC 170252018-07-16T10:40:50+08:00

FRIM, peneraju bidang pengawetan kayu M’sia

22 Jun 2018 (Jumaat) - Makmal Analisis Awetan Kayu (MAAK) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan lebih gigih menjalankan kajian pembangunan bahan awet kurang toksik dan mesra alam dengan kolaborasi bersama industri pengawetan kayu. MAAK berusaha membangunkan kaedah analisis kimia yang lebih pantas selaras dengan revolusi industri 4.0 yang menekankan aspek pemodenan seperti data besar, aplikasi kecerdasan pintar dan robotik. MAAK berhasrat menjadi makmal berautoritatif bagi menyokong pelaksanaan Skim Perkhidmatan Pensijilan Produk (PCS) yang dibangunkan oleh FRIM. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata, “Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat meningkatkan permintaan bahan mentah yang berkualiti tinggi. Ini adalah penting [...]

FRIM, peneraju bidang pengawetan kayu M’sia2018-07-26T14:29:00+08:00

VIC, Galeri Penyelidikan FRIM tutup sempena Raya

13 Jun 2018 (Rabu) – Galeri Penyelidikan FRIM dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 14–20 Jun 2018, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Dari kiri: Galeri Penyelidikan FRIM dan VIC FRIM. Kampus FRIM termasuk trek berjoging, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong akan beroperasi seperti biasa. Kampus ini dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Harap maaf, sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk sebarang pertanyaan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.

VIC, Galeri Penyelidikan FRIM tutup sempena Raya2018-06-12T14:41:18+08:00

FRIM sedia bantu industri herba tingkat mutu produk

5 Jun 2018 (Selasa) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi meningkatkan mutu produk herba, daya saing dan keupayaan menembusi pasaran tempatan dan global. FRIM telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Hasilan Semula Jadi oleh Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), agensi bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri berasaskan bio di Malaysia. Empat makmal FRIM telah mendapat status BioNexus Partners (BNP) daripada Bioeconomy Corporation. Antaranya, Makmal Fitokimia (FK) menerima pengiktirafan tersebut pada 12 Oktober 2009 diikuti dengan Makmal Pembangunan Produk Herba (PPH), Makmal Farmakognosi dan Pusat Teknologi Herba [...]

FRIM sedia bantu industri herba tingkat mutu produk2018-06-25T11:36:02+08:00

Xylarium FRIM – perpustakaan kayu terbesar, tertua di M’sia

31 Mei 2018 (Khamis) – Xylarium Kepong (KEPw) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ditubuhkan pada 1918 dengan 10,201 koleksi spesimen kayu telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) pada 2012 sebagai xylarium yang mempunyai koleksi kayu terbesar dan tertua di Malaysia. Seumpama perpustakaan untuk koleksi buku dan herbarium untuk koleksi spesimen tumbuhan, xylarium merupakan pusat koleksi spesimen kayu. Koleksi-koleksi kayu yang telah ditentusahkan (authenticated sample) ini juga sesuai untuk dijadikan bahan kajian. Koleksi kayu tertua di KEPw telah berusia 113-118 tahun. Sejak penubuhan pada 1918, KEPw memainkan peranan penting dalam pengecaman kayu dan klasifikasi kayu komersil. Pada 1925, [...]

Xylarium FRIM – perpustakaan kayu terbesar, tertua di M’sia2018-06-06T12:58:20+08:00