Monthly Archives: Ogos 2019

>>Ogos

KATS, FRIM, JPSM hasil Setem Pokok Kebangsaan

26 Ogos 2019 (Isnin) - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menghasilkan setem komemoratif bagi meraikan pelancaran merbau sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Merbau sebagai Pokok Kebangsaan tersebut di Majlis Perasmian Pameran ‘Hutan Kita’ yang diadakan Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod telah menyampaikan setem tersebut kepada Tun Dr Mahathir semasa lawatannya ke tapak pameran. Turut hadir, YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri KATS; Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS; [...]

KATS, FRIM, JPSM hasil Setem Pokok Kebangsaan2019-09-11T09:55:36+08:00

FRIM jadi tuan rumah hari keluarga KASIH Malaysia

19 Ogos 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi tuan rumah Hari Keluarga Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) pada 17 Ogos lalu. KASIH Malaysia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh isteri-isteri menteri dan timbalan menteri Malaysia. Dari kiri: Abd Latif, Siti Hasmah dan Anne James menyampaikan ucapan masing-masing manakala Noor Azlin (paling kanan) memberikan taklimat mengenai FRIM.  Abd Latif, Siti Hasmah (ketiga dan keempat dari kanan) dan lain-lain bergambar bersama pokok yang ditanam oleh Mahathir pada 2015.  Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, YABhg. Tun [...]

FRIM jadi tuan rumah hari keluarga KASIH Malaysia2019-09-11T09:54:55+08:00

Tender

Tawaran Sebutharga/tender terkini dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.  

Tender2019-09-20T11:38:55+08:00

Penutupan fasiliti FRIM sempena Hari Raya Aidiladha

8 Ogos 2019 (Khamis) – Galeri Penyelidikan, Unit Fasiliti dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 10–12 Ogossempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Ikut arah jam dari atas: Unit Fasiliti, VIC dan Galeri Penyelidikan FRIM. Kampus FRIM termasuk Jalan berturap, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong masih terbuka kepada penggunaan oleh para pejoging dan pengunjung lain. Kampus ini dibuka dari jam 6:00 pagi hingga 7:00 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Harap maaf, sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk sebarang pertanyaan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.

Penutupan fasiliti FRIM sempena Hari Raya Aidiladha2019-08-09T08:29:13+08:00