26 Ogos 2019 (Isnin) – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menghasilkan setem komemoratif bagi meraikan pelancaran merbau sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Merbau sebagai Pokok Kebangsaan tersebut di Majlis Perasmian Pameran ‘Hutan Kita’ yang diadakan Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu.

Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menyampaikan setem tersebut kepada Tun Dr Mahathir semasa lawatannya ke tapak pameran. Turut hadir, YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri KATS; Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS; Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan KP (Operasi); Dato’ Marzalina Mansor Timbalan KP (Penyelidikan); dan beberapa hali pengurusan tertinggi FRIM.

Abd Latif (kiri) dan Thong menyampaikan ucapan
Khali Aziz, Wan Rasidah, Ang and Ho pada majlis
Abd Latif (berbaju putih) menyampaikan setem kepada Mahathir dengan diperhatikan oleh Xavier (paling kanan).   Gambar berkumpulan petugas-petugas FRIM bagi Pemeran ‘Hutan Kita’ bersama Abd Latif (tengah).

Untuk membangkitkan semangat cintakan khazanah hutan kita serta meningkatkan kesedaran tentang pentingya usaha pemuliharaan kekayaan biodiversiti negara dalam kalangan rakyat Malaysia, KATS, FRIM dan JPSM telah mencetus idea untuk memperkenalkan Pokok Kebangsaan.

Merbau atau malacca teak (Intsia palembanica) merupakan spesies daripada kaum kekacang (famili Fabaceae). Ia dijumpai secara meluas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terutamanya di pinggir sungai dalam hutan tanah pamah sehingga altitud 1,000 m.

Khali Aziz, Wan Rasidah, Ang and Ho pada majlis
Reka bentuk Setem Pokok Kebangsaan yang dihasilkan oleh FRIM.  

Pokok merbau bersaiz besar dan tumbuh hingga 50 m tinggi, berbatang lurus serta berakar banir hingga 4 meter tinggi. Kayu merbau merupakan kayu keras berat (heavy hardwood) yang berkualiti tinggi. Kayunya yang tahan lama serta tahan serangan anai-anai adalah popular digunakan sebagai bahan membuat lantai termasuk lantai kolam renang.

Khali Aziz, Wan Rasidah, Ang and Ho pada majlis
Pelawat kehormat mengunjungi gerai pameran FRIM yang dikendalikan oleh Dr Lee Soon Leong, Ketua Makmal Genetik FRIM (paling kiri).

“Ketahanan kayunya melambangkan keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara lestari serta keberkesanan usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan Malaysia,” kata Abd Latif.

Bagi mereka yang berminat, setem keluaran terhad ini dijual di Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM, Kepong dengan harga RM40 satu lembaran mulai hari ini sehingga stok habis.