Monthly Archives: September 2019

Utama>2019>September

FRIM, AEON tanam pokok di Bidor

16 September 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan AEON Co. (M) Bhd. telah menjalankan program penanaman pokok pada 14 September lalu di Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor (SPF Bidor), Perak. Program yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tersebut merupakan aktiviti menanam pokok yang kedua dianjurkan oleh FRIM-AEON di SPF Bidor. Dari kiri: Hayashi, Tengku Zulpuri Shah dan Saifuddin Nasution berucap semasa majlis perasmian.  Wakil-wakil KATS, FRIM dan AEON bergambar bersama Saifuddin Nasution (tengah) yang menyiram pokok yang ditanam oleh beliau. Turut hadir, Timbalan [...]

FRIM, AEON tanam pokok di Bidor2019-11-28T11:19:15+08:00

KP FRIM terima PJN daripada Agong

10 September 2019 (Selasa) - Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Dr Abd Latif Mohmod telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam. Abd Latif merupakan antara 42 individu yang menerima anugerah darjah kebesaran masing-masing pada istiadat penganugerahan di Istana Negara. Turut hadir, isteri KP FRIM, Datin Halidah Kasmin. Abd Latif (kanan) dan Halidah bergambar dalam Istana Negara. Petikan liputan berita mengenai tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong. Bernama telah melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong [...]

KP FRIM terima PJN daripada Agong2019-12-04T10:30:15+08:00