10 September 2019 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Abd Latif merupakan antara 42 individu yang menerima anugerah darjah kebesaran masing-masing pada istiadat penganugerahan di Istana Negara. Turut hadir, isteri KP FRIM, Datin Halidah Kasmin.

Abd Latif (kanan) dan Halidah
Petikan liputan berita.
Abd Latif (kanan) dan Halidah bergambar dalam Istana Negara. Petikan liputan berita mengenai tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong.

Bernama telah melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran kepada KP FRIM. Tindakan spontan ini telah membuatkan KP FRIM berasa amat terharu. Sila klik di pautan berikut untuk laporan lanjut: https://tinyurl.com/sca49sr dan https://tinyurl.com/qr63bdx.

Bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, seramai 1,518 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019.