KP FRIM: Tokoh Malaysia Membaca

15 Mei 2020 (Jumaat) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod telah dipilih sebagai Ikon Malaysia Membaca bagi majalah Dewan Kosmik (edisi April 2020), bersempena dengan program Dekad Membaca Kebangsaan. Abd Latif juga telah menghasilkan lebih 300 risalah, rencana saintik serta buku-buku untuk berkongsi pengetahuan. Abd Latif dipilih sebagai Ikon Malaysia Membaca bagi majalah Dewan Kosmik. Daripada buku-buku yang dihasilkan bersama penyelidik FRIM yang lain, empat telah menerima 'Anugerah Buku Negara’ pada 2019, 2016, 2013 dan 2010. Pencapaian beliau turut diakui ramai dengan penerimaan Anugerah Perdana bagi kategori Tokoh Buku Penyelidikan 2015 dan [...]