15 Mei 2020 (Jumaat) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod telah dipilih sebagai Ikon Malaysia Membaca bagi majalah Dewan Kosmik (edisi April 2020), bersempena dengan program Dekad Membaca Kebangsaan.

Abd Latif juga telah menghasilkan lebih 300 risalah, rencana saintik serta buku-buku untuk berkongsi pengetahuan.

Tokoh Malaysia Membaca
Abd Latif dipilih sebagai Ikon Malaysia Membaca bagi majalah Dewan Kosmik.

Daripada buku-buku yang dihasilkan bersama penyelidik FRIM yang lain, empat telah menerima ‘Anugerah Buku Negara’ pada 2019, 2016, 2013 dan 2010.

Pencapaian beliau turut diakui ramai dengan penerimaan Anugerah Perdana bagi kategori Tokoh Buku Penyelidikan 2015 dan Anugerah Perdana bagi kategori Tokoh Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) 2016 daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara selain memegang enam Malaysia Book of Records sepanjang perkhidmatan beliau di FRIM.

“Baca, baca dan teruslah membaca! Rugilah jika kita tidak mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian kerana pelbagai ilmu dan manfaat mampu diperolehi,” kata Abd Latif.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Dewan Kosmik atas penghargaan ini. Muga ianya menjadi inspirasi dan pemacu semangat untuk terus membaca dan berkarya kepada semua warga FRIM khususnya dan warga Malaysia amnya,” ujar Abd Latif lagi.