WARNA-WARNA FRIM
Amesiodendron berpucuk merah jambu
Amesiodendron chinense ialah pokok yang sederhana tumbesarannya, bersilara bulat dan berdaun lebat. Tergolong dalam famili Sapindaceae atau rambutan dan boleh ditemuidi lembah-lembah hutan bukit dipterokarpa antara ketinggian 300–400 m a.p.l , di utara Semenanjung Malaysia, termasuk Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Taburannya dari China Selatan merentasi Indo-Chinake Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Seperti kebanyakan pokok lain yang hanya terdapat di bahagian utara tanah besar Asia, pokok ini mula mengeluarkan dedaun (pucuk) baharu berwarna merah jambu pada awal tahun. Di FRIM, pokok-pokok ini boleh dilihat sepanjang jalan di antara padang bola sepak FRIM dan Unit Latihan Perhutanan. Warna pucuknya yang merah jambu menyerlah di celah-celah kehijauan daun-daun pokok lain yang berhampiran. Pucuknya yang menarik serta silaranya yang lebat dan berbentuk bulat sesungguhnya mengindahkan lagi landskap pinggir bandaryang kebanyakannya malar hijau.