WARNA-WARNA FRIM
Barringtonia reticulata : Putat hutan penuba ikan
Barringtonia reticulata (Lecythidaceae) ialah pokok renek atau kecil yang mencapai ketinggian sehingga 10 m. Spesies ini boleh didapati di Sumatera, Kepulauan Riau dan Lingga, Karimata dan kepulauan Anambas, Malaysia, Filipina dan tenggara Sulawesi. Di Semenanjung Malaysia, ia direkodkan di Melaka dan Johor sahaja, oleh itu status pemuliharaannya adalah dalam kategori Terancam. Habitat spesies ini merangkumi hutan rawa, hutan paya dan hutan pantai. Nama-nama tempatannya berbeza-beza. Di Sarawak dikenali sebagai putat (Iban); Sabah: tampalang, tatisai, telisai sugud (Dusun), jambu hutan (Melayu), bubunak (Murut); Indonesia: putat rimba. Batangnya digunakan sebagai racun ikan oleh penduduk tempatan. Spesies ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun, oleh itu mereka yang berminat untuk melihat spesies ini, silalah ke Taman Botani Kepong.
Ditulis oleh Norsham S. Y. Disiarkan pada 11 Januari 2013. Cuaca mingguan antara 24° to 33 °C.