WARNA-WARNA FRIM

Bidara emping: Penyeri Taman



Bidara emping atau nama saintifiknya Arytera littoralis merupakan pokok malar hijau yang kecil namun boleh mencapai ketinggian 10-13 m. Pokok rimbun dengan silara yang membulat ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan di taman-taman awam, kawasan rekreasi dan tempat letak kereta. Taburan semula jadi Arytera littoralis adalah di hutan primer dan hutan sekunder. Ia dijumpai di Malaysia dan Singapura. Pokok ini sangat menarik dengan daun muda yang berwarna kelabu keunguan dan bunga yang berwarna putih yang selalunya tumbuh dalam jambak di hujung ranting. Di FRIM, pokok ini boleh dijumpai di sepanjang jalan menuju ke muzium (Bangunan D1) dan juga di Kem Perah. Pada masa ini, pokok ini sedang lebat berbuah dengan buah kecil berwarna jingga dan akan bertukar ke warna merah gelap apabila matang. Arytera littoralis tergolong dalam famili Sapindaceae dan status pemuliharaannya adalah Risiko rendah (Least Concern).

Disediakan oleh Naimah CL. Disiarkan pada 24 Januari 2013. Cuaca mingguan 23° – 33°C dan hujan.

Bidara Emping. Gambar oleh Nor Azlin M.F.
 
Buah muda yang berwarna jingga. Gambar oleh Nor
Bidara emping
Gambar oleh Nor Azlin MF
Buah muda yang berwarna jingga
Gambar oleh Nor MF
 
Deretan pokok di sepanjang jalan menyerikan taman. Gambar oleh Nor Azlin M.F.
 
Bunga Bidara Emping. Gambar oleh Naimah C.L.
Deretan pokok di sepanjang jalan menyerikan taman
Gambar oleh Nor Azlin MF
 
Bunga Bidara Emping
Gambar oleh Naimah CL