WARNA-WARNA FRIM

Bunga putat harum serangkai

Barringtonia macrostachya atau lebih dikenali sebagai putat oleh masyarakat tempatan merupakan spesies di lapisan bawah hutan (understorey tree) dan terdapat di hutan primer dan sekunder. Ia biasanya ditemui tumbuh di sepanjang tepi sungai, berbukit, lembah-lembah dan kawasan yang berpaya. Taburannya sangat meluas, dari China, Vietnam, Myanmar, Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Borneo, Filipina, Sulawesi dan Maluku.

Putat banyak digunakan dalam perubatan tradisional. Akarnya boleh digunakan untuk merawat sakit mata dan kurap. Kulit atau buah yang ditumbuk boleh digunakan untuk menuba ikan. Manakala daunnya digunakan untuk merawat sakit perut. Di FRIM, pokok ini boleh dilihat di kawasan Arboretum bukan-dipterokarpa dan juga di Denai keruing. Barringtonia macrostachya tergolong dalam famili Lecythidaceae dan status pemuliharaan spesies ini ialah Tidak Terancam.

Gambar oleh Zawiyah Ngah dan Naimah Long.

Fruiting putat tree can be observed at Non-dipterocarp Arboretum

Putat yang sedang berbuah boleh dilihat di Arboretum bukan-dipterokarpa

The putat flower buds are deep pink and attractive

Kudup bunga putat berwarna merah jambu gelap yang menarik

Powder puff like putat flowers will emerge from the buds

Bunga putat yang seperti berus bedak mula keluar dari kudupnya