WARNA-WARNA FRIM

Durian untuk santapan burung dan tupai

Semua orang kenal durian. Namun, ramai yang belum tahu tentang Durio griffithii atau durian tupai yang tergolong dalam famili Malvaceae, kaum pokok durian. Selain Semenanjung Malaysia, spesies ini juga boleh ditemui di selatan Thailand, Sumatera dan Borneo. Durian tupai yang sedang berbunga dan berbuah boleh dilihat di Arboretum Dipterokarpa. Buahnya kecil, sehingga 7.5 cm panjang. Apabila masak dan masih tergantung di tangkainya, buah durian tupai akan terbelah, menyerlahkan bijinya yang hitam dan mempunyai aril atau isi buahnya yang berwarna jingga untuk menarik perhatian mamalia dan burung. Biasanya tupai akan memakan buah ini sebelum ia masak. Pokok durian tupai bersaiz sederhana sehingga 30 m tinggi dan mempunyai batang yang licin. Habitat biasa bagi spesies ini ialah Hutan Pamah Campuran Dipterokarpa. Kulit batangnya biasa digunakan sebagai pencelup kulit. Kayu durian tupai juga boleh dijadikan balak yang tahan lama dan biasa digunakan untuk
pembinaan rumah dan kapal.

Durio griffithii can be seen fruiting at the Non-dipterocarp arboretum.

Durio griffithii boleh dilihat di Arboretum Non-dipterocarp FRIM.

The attractive colour of the seed and aril invites animals to consume and subsequently disperse the seeds.

Biji dan isi buah Durian burung yang berwarna terang menarik haiwan untuk memakan dan seterusnya menyebarkan bijinya.

Durio griffithii's flowers

Bunga durian burung