WARNA-WARNA FRIM

Jelutong: Pokok getah tempatan

Di kampus FRIM terdapat satu jalan utama yang dinamakan bersempena pokok jelutong. Banyak pokok jelutong boleh dlihat di kiri dan kanan jalan tersebut. Jelutong atau Dyera costulata tergolong dalam famili Apocynaceae. Pokok ini amat mudah dikenali melalui daun-daunnya yang tersusun berkelompok cara “terminalia” atau berpecah menjadi cabang baru daripada hujungnya. Jelutong mempunyai getah cair yang berwarna putih yang sering dilihat meleleh daripada bahagian pokok yang terluka. Pada masa dahulu, getah jelutong diguna pakai sebagai bahan asas gula-gula getah, gam racun sumpitan dan pengganti getah.

Jelutong membesar dengan pantas, sebab itulah kayunya agak lembut. Batangnya lurus bagaikan tiang dan boleh mencapai ketinggian 60 m. Semasa kecil, silaranya berbentuk “monopodial” atau seperti pagoda dengan dahan-dahan yang berlapis. Bila matang, silara pokok jelutong mula berkembang menjadi bentuk terbuka supaya boleh mendapat lebih cahaya matahari. Jelutong merupakan salah satu hasil balak komersial utama hutan pamah Malaysia dan pernah menjana jumlah eksport melebihi USD 10 juta setahun. Kayu jelutong bertekstur halus dan berwarna putih krim, sesuai dijadikan pensil, batang mancis, model kayu, ukiran dan peralatan-peralatan kayu yang lain. Pokok Jelutong di FRIM telah mengeluarkan buah pada awal bulan Jun tahun ini.

Gambar-gambar disumbangkan oleh Noor Azlin Yahya, Azahari Mohd. Yusoff dan Nashatul Zaimah Noor Azman.

Jelutong avenue today.

Jalan Jelutong pada masa ini.

Jelutong latex is white in colour.

Getah jelutong berwarna putih.

Jalan Jelutong in 1958.

Gambar lama Jalan Jelutong yang diambil pada tahun 1958.

Jelutong fruits.

Buah jelutong.

Jelutong leaves have the “terminalia” charateristics and the leaves are whitish on the underparts.

Susunan daun jelutong berciri “terminalia” dan permukaan bawah daun jelutong berwarna keputih-putihan.