WARNA-WARNA FRIM

Temak batu dari Langkawi

Shorea siamensis  atau temak batu merupakan ahli kaum dipterokarpa yang mudah didapati di Pulau Langkawi. Pokok yang menyesuaikan dirinya dengan keadaan kering atau “xerophilous” ini dijumpai juga di Myanmar, Indochina dan Thailand. Biasanya dalam keadaan terbantut, pokok ini mempunyai ukurlilit kurang daripada 1m. Spesies ini jarang digunakan untuk tujuan komersial di Semenanjung Malaysia kerana ia agak sukar didapati dan saiznya yang kecil. Walau bagaimanapun, di Myanmar dan Thailand spesies ini digunakan sebagai pelapik landasan keretapi serta kerja-kerja pembinaan. Status pemuliharaannya di Semenanjung Malaysia ialah “Tidak Terancam”. Pokok-pokok daripada spesies ini boleh dilihat sedang berbunga dan berbuah di Arboretum Dipterokarpa FRIM.

One of the flowering and fruiting Shorea siamensis at Dipterocarp Arboretum

Pokok Shorea siamensis di Arboretum Dipterkarp yang sedang berbuah dan berbunga

Fruits of Shorea siamensis


Buah Shorea siamensis

The base of the leaf is sub-cordate and can be used as a spot character to species identification.

Bahagian dasar daun yang berbentuk “hati” boleh digunakan untuk mengenalpasti spesies ini.

The long thin point of the nut is a good spot morphological character to separate this species from other Shorea fruits

Buahnya yang mempunyai penghujung yang panjang merupakan ciri penting untuk memudahkan pembezaan spesies ini daripada spesies Shorea yang lain

Young flower buds

Kudup bunga

Bark of Shorea siamensis

Kulit batang Shorea siamensis