Project Description

Minuman herba tongkat ali sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, namun ramai yang tidak pernah melihat pokoknya. Nama saintifiknya Eurycoma longifolia (famili Simaroubaceae) menjelaskan serba sedikit mengenai cirinya. Dalam bahasa Yunani, “eurys” bermaksud lebar dan “come” bermaksud jambak, maka gabungan nama genus Eurycoma merujuk kepada tabiat tongkat ali iaitu daun-daun majmuknya tumbuh berkelompok membentuk suatu jambak yang besar bagaikan bunga manggar yang menyerikan sesuatu perarakan. Dalam bahasa Latin pula, “longus” membawa maksud panjang manakala “folia” merujuk kepada daun, oleh itu longifolia menghuraikan tentang bentuk anak daunnya yang agak panjang dan tirus, kadangkala mencapai 20 cm.

Tongkat ali mempunyai taburan yang agak luas di Asia Tenggara, iaitu dari Selatan Myanmar di barat ke Filipina di Timur, Indocina di utara dan Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Borneo di selatan. Di Malaysia, tongkat ali merupakan pokok kecil yang biasa dijumpai di lapisan bawah kanopi utama, dari hutan pantai berpasir sehinggalah ke kawasan pergunungan sekitar 1000m.

Buah tongkat mempunyai lapisan berisi dan diminati oleh burung-burung liar yang memainkan peranan dalam penyebaran biji benihnya. Tongkot ali mengeluarkan jambak bunga yang agak besar dan menarik, dengan bunga yang berkelopak merah hati yang dilitupi bulu.

Fruiting tongkat ali can be seen from the main road, at FRIM’s Etnobotanical Garden, since early April 2012.

Tongkat ali yang sedang berbuah boleh dilihat daripada jalan utama FRIM, di lokasi Taman Etnobotani, FRIM, sepanjang dari awal April 2012.

Young fruits of tongkat ali

Buah tongkat ali yang masih muda

Flowers of tongkat ali

Bunga-bunga tongkat ali yang menarik.

Tongkat ali in FRIM flowers, 7 March 2011

Tongkat ali berbunga, 7 Mac 2011