Monthly Archives: September 2018

>>September

FRIM seru pelawat hormati peraturan kampus

20 September 2018 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menyeru para pelawat untuk menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FRIM untuk memastikan keselamatan mereka serta pemuliharaan dan kemampanan hutan di kampus ini. Pejoging yang memasuki kawasan hutan tanpa jurupandu alam. Pencuri yang ditangkap mencuri tumbuhan hutan. Baru-baru ini didapati sekumpulan pelawat dan pejoging mencerobohi kawasan larangan FRIM. Ada dalam kalangan pengunjung yang sering merosakkan mangga di pintu pagar denai-denai hutan yang telah ditutup kepada orang ramai. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang didapati melanggar peraturan dengan melakukan perkara-perkara berikut: mencuri tumbuhan dan sumber semula jadi; [...]

FRIM seru pelawat hormati peraturan kampus2018-09-28T15:58:00+08:00

FRIM anjur Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah FRIM 2018

12 September 2018 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah FRIM 2018 pada 6–7 Oktober (Sabtu dan Ahad) di Ampang Superbowl Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Kejohanan anjuran Kelab FRIM ini bertujuan menghargai jasa Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod yang telah memimpin FRIM sehingga dikenali sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan perhutanan yang unggul di rantau ini. Tahun ini, merupakan ulang tahun ke-10 pelantikan beliau sebagai KP; ulang tahun FRIM ke-33 bagi FRIM dan genap 33 tahun beliau berkhidmat di FRIM. Selain itu FRIM juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti 33 Malaysia Book of [...]

FRIM anjur Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah FRIM 20182019-02-10T00:33:22+08:00

FRIM anjur bengkel aplikasi herba

3 September 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Bengkel Eksplorasi Herba di Hujung Jari yang bertemakan, ‘Memperluas Jaringan Industri dan Peluang Perniagaan’pada 29 Ogos lalu. Majlis perasmianbengkel yang diadakan di Bilik Garcinia dan Morindatelah disempurnakan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Turut hadir, Dr Nur Supardi Md Noor, Pengarah Perancangan Penyelidikan. Khali Aziz (kiri) dan Nur Supardi menyampaikan ucapan masing-masing.  Gambar berkumpulan para peserta dan penganjur bengkel.  Tujuan program ialah untuk mempromosikan aplikasi mudah alih ‘HerbaXpress’ serta mendapatkan maklum balas peserta. Aplikasi tersebut merupakan portal yang menghubungkan pemain-pemain industri herba [...]

FRIM anjur bengkel aplikasi herba2018-09-05T15:54:05+08:00