12 September 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan Kejohanan Boling Piala Ketua Pengarah FRIM 2018 pada 6–7 Oktober (Sabtu dan Ahad) di Ampang Superbowl Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi.

Kejohanan anjuran Kelab FRIM ini bertujuan menghargai jasa Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod yang telah memimpin FRIM sehingga dikenali sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan perhutanan yang unggul di rantau ini. Tahun ini, merupakan ulang tahun ke-10 pelantikan beliau sebagai KP; ulang tahun FRIM ke-33 bagi FRIM dan genap 33 tahun beliau berkhidmat di FRIM.

Selain itu FRIM juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti 33 Malaysia Book of Records, Anugerah Sains Mahathir, Anugerah BrandLaureate, Anugerah Buku Negara, Anugerah Merdeka dan pengiktirafan FRIM sebagai Warisan Semula Jadi dan Kebangsaan di bawah pimpinan beliau.

Bowling Piala Ketua Pengarah FRIM
Poster kejohanan bowling. 

Dijangka sebanyak 100 pasukan akan bertanding dalam format dua sepasukan (double) ini. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM13,600 dengan juara keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunia berjumlah RM5,000. Setiap pasukan pemenang akan menerima hadiah-hadiah berikut:

Wakil-wakil agensi kerajaan, swasta dan orang ramai khususnya agensi-agensi yang bekerjasama dengan FRIM digalakkan untuk menyertai kejohanan ini. Selain menyihatkan tubuh badan, pertadingan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pemain amatur.

Kedudukan Hadiah
Johan keseluruhan RM 5,000
Tempat kedua RM 3,000
Tempat ketiga RM 2,000
Tempat keempat RM 1,000
Tempat kelima RM 800
Tempat keenam RM 700
Tempat ketujuh RM 600
Tempat kelapan RM 500
Tempat kesembilan RM 400
Tempat kesepuluh RM 300
Tempat kesebelas RM 150

Setiap pasukan yang ingin mengambil bahagian akan dikenakan yuran RM300 yang boleh dibayar melalui akaun Kelab FRIM CIMB 8002666647. Borang penyertaan dan peraturan yang ditetapkan boleh didapati daripada pautan: .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: