MAKLUMAT TERKINI

FRIM seru pelawat hormati peraturan kampus
By Published On: September 28, 2018
JOGGERS

F4

20 September 2018 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menyeru para pelawat untuk menghormati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh FRIM untuk memastikan keselamatan mereka serta pemuliharaan dan kemampanan hutan di kampus ini.

joggers
joggers
Pejoging yang memasuki kawasan hutan tanpa jurupandu alam. Pencuri yang ditangkap mencuri tumbuhan hutan.

Baru-baru ini didapati sekumpulan pelawat dan pejoging mencerobohi kawasan larangan FRIM. Ada dalam kalangan pengunjung yang sering merosakkan mangga di pintu pagar denai-denai hutan yang telah ditutup kepada orang ramai. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang didapati melanggar peraturan dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  • mencuri tumbuhan dan sumber semula jadi;
  • memburu/ menangkap haiwan liar secara haram;
  • melakukan aktiviti berkumpulan tanpa izin dan memasang muzik dengan kuat;
  • membuat pembakaran terbuka atau memasak; dan
  • memalsukan pas riadah/ kenderaan.

Timbalan Ketua Pengarah FRIM (Operasi) FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah berkata, “Kami berharap para pengunjung menghormati dan mematuhi peraturan-peraturan FRIM. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan kami.”

joggers
joggers
Pembakaran terbuka boleh menjejaskan kesihatan pokok serta menyebabkan kebakaran hutan. Pas riadah dan kenderaan palsu yang dirampas.

Beliau juga mengingati para pengunjung bahawa perkhidmatan jurupandu alam FRIM diperlukan untuk memasuki kawasan hutan.

“Namun, kami bersyukur kerana kebanyakan pelawat dan pejoging memberikan kerjasama dan menyokong usaha FRIM dalam penjagaan kawasan kampus.”

“FRIM merupakan institut penyelidikan, bukan taman awam. Kami membuka kampus untuk orang ramai beriadah serta memupuk pembelajaran dan penghargaan terhadap alam semula jadi,” tambah Khali Aziz.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Panduan Pelawat dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di: https://www.frim.gov.my/ms/tarikan/panduan-pelawat/.

 

Maklumat Terkini