3 September 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Bengkel Eksplorasi Herba di Hujung Jari yang bertemakan, ‘Memperluas Jaringan Industri dan Peluang Perniagaan’pada 29 Ogos lalu.

Majlis perasmianbengkel yang diadakan di Bilik Garcinia dan Morindatelah disempurnakan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Turut hadir, Dr Nur Supardi Md Noor, Pengarah Perancangan Penyelidikan.

bengkel aplikasi herba
Khali Aziz (kiri) dan Nur Supardi menyampaikan ucapan masing-masing.  Gambar berkumpulan para peserta dan penganjur bengkel. 

Tujuan program ialah untuk mempromosikan aplikasi mudah alih ‘HerbaXpress’ serta mendapatkan maklum balas peserta. Aplikasi tersebut merupakan portal yang menghubungkan pemain-pemain industri herba supaya mencapaian maklumat berkaitan industri tersebut dapat diperolehi dengan lebih mudah dan cepat.

Seramai 41 peserta yang terdiri daripada staf FRIM, wakil industri herba dan agensi kerajaan telah menghadiri bengkel hasil usahasama Program Ekonomi dan Analisa Strategik (EAS), Cawangan Teknologi Maklumat (ICT) serta Bahagian Inovasi dan Komersialisasi FRIM.

Pegawai EAS, Ariff Fahmi Abu Bakar telah membentangkan topik ‘Pengenalan Aplikasi Mudah Alih HerbaXpress’ manakala Tuanbri Hashim, Pengasas Satu Solution Corporate Services menyampaikan tajuk ‘Bisnes: Online Marketing’.

Aksi Ariff Fahmi (kiri) dan Tuanbri semasa menyampaikan pembentangan.  Pegawai ICT, Intan Farah Wahida Khabir (paling kiri) menunjukkan cara penggunaan aplikasi tersebut kepada peserta.