Monthly Archives: Oktober 2018

Utama>2018>Oktober

FRIM tubuh Taman Dipterokarpa di stesen penyelidikan Setiu

24 Oktober 2018 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menubuhkan Taman Dipterokarpa di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Setiu, Terengganu dengan aktiviti penanaman 330 pokok daripada 33 spesies dipterokarpa bersama-sama dengan wakil penduduk setempat semalam.  Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menyempurnakan majlis perasmian ini dengan menanam pokok keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius) sebagai acara simbolik. Aktiviti ini melibatkan lebih 100 peserta yang terdiri daripada kakitangan FRIM dan wakil komuniti setempat termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, kampung-kampung serta badan-badan kerajaan negeri.  Abd Latif (kiri) dan Marzalina menyampaikan ucapan masing-masing. Dari kiri: Zaidey, Sakri, Abd Latif, Marzalina, Norhayatidan [...]

FRIM tubuh Taman Dipterokarpa di stesen penyelidikan Setiu2018-11-12T15:50:19+08:00

Timbalan Menteri KATS lancar seminar ubatan FRIM

16 Oktober 2018 (Selasa) - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah merasmikan Seminar Tumbuhan Ubatan dan Beraroma ke-15 (MAPS15) anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di kampus utama, Kepong, pagi tadi. Tengku Zulpuri Shah (left) dan Abd Latif menyampaikan ucapan masing-masing. Dari kiri: Nor Azah, Azizah, Tengku Zulpuri Shah, Abd Latif dan Norhayati Nordin iaitu Pengarah Inovasi dan Komersialisasi FRIM semasa pelancaran produk baharu. Seminar bertemakan, ‘Merungkai Khazanah dan Rahsia Alam Semula Jadi: Spesies Pilihan Semasa’ ini diadakan untuk berkongsi dan mendedahkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) terkini mengenai [...]

Timbalan Menteri KATS lancar seminar ubatan FRIM2018-10-23T16:50:03+08:00

KP FRIM rasmi Kejohanan Boling FRIM

12 Oktober 2018 (Jumaat) - Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah merasmikan Kejohanan Boling Piala KP FRIM 2018 pada 6 Oktober lalu di Ampang Superbowl Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian. Abd Latif melancarkan 'roll off' perasmian dengan jatuhan 'strike'. Kejohanan ini bertujuan menghargai jasa Abd Latif yang telah memimpin FRIM sehingga dikenali sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan perhutanan yang unggul di rantau ini. Tahun ini, merupakan ulang tahun ke-10 pelantikan beliau sebagai KP; ulang tahun FRIM ke-33 bagi FRIM dan genap 33 tahun [...]

KP FRIM rasmi Kejohanan Boling FRIM2018-10-17T10:11:33+08:00

KP FRIM rasmi Hari Inovasi

9 Oktober 2018 (Selasa) - Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Dr Abd Latif Mohmod telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Inovasi pada 5 Oktober lalu di Auditorium FRIM, Kepong. Program yang bertemakan ‘Inovasi Penggerak Komersialisasi’ ini bertujuan mempromosikan inovasi yang terhasil untuk komersialisasi di samping menggalakkan aktiviti inovasi bagi meningkatkan perkhidmatan dan membentuk persekitaran yang kondusif Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian. Dari kiri: Diiringi Khali Aziz, Abd Latif menyampaikan Insentif Komersialisasi kepada Rushdan. Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta yang julung-julung kali dianjurkan untuk staf sokongan ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan kumpulan ini dalam kelestarian [...]

KP FRIM rasmi Hari Inovasi2018-10-12T16:45:15+08:00

KP FRIM rasmikan Jambatan Glulam baharu

2 Oktober 2018 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah merasmikan Jambatan Glulam (Glue-laminated) baharu di Kolam Arapaima sempena Perhimpunan Khas Ulang Tahun FRIM ke-33 pagi tadi. Staf yang menghadiri perhimpunan tersebut. Pasukan Keluaran Hutan bergambar bersama Abd Latif (tengah). Jambatan yang disiap pasang pada 18 Ogos lalu merupakan jambatan melengkung (curved bridge) yang ketiga. Jambatan pertama yang berbentuk lurus dibina pada 1965 dan digantikan dengan jambatan melengkung pada 1984 dan 2006. Jambatan tersebut dibina oleh pasukan Keluaran Hutan yang diketuai oleh Pengarah, Dr Gan Kee Seng dengan [...]

KP FRIM rasmikan Jambatan Glulam baharu2018-10-12T16:15:40+08:00

FRIM berjaya kekal pensijilan MS ISO 9001:2015

28 September 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 selepas pelaksanaan audit luar pada 26-27 September lalu. Samsudin (paling kanan) mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit. Proses audit dijalankan di Unit Pengurusan Kualiti. Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh Dr Samsuddin Musa, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM di Bilik Mesyuarat Licuala pada 26 September lalu. Proses audit ini bertujuan memastikan kepatuhan kepada Standard ISO 9001: 2015 serta tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan hasil dari auditan terdahulu. Khali Aziz berucap semasa Mesyuarat Pembentangan Audit. Idris (kanan) dan Toh [...]

FRIM berjaya kekal pensijilan MS ISO 9001:20152018-10-04T11:23:15+08:00