MAKLUMAT TERKINI

KP FRIM rasmikan Jambatan Glulam baharu
By Published On: Oktober 8, 2018

2 Oktober 2018 (Selasa) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah merasmikan Jambatan Glulam (Glue-laminated) baharu di Kolam Arapaima sempena Perhimpunan Khas Ulang Tahun FRIM ke-33 pagi tadi.

1
1
Staf yang menghadiri perhimpunan tersebut. Pasukan Keluaran Hutan bergambar bersama Abd Latif (tengah).

Jambatan yang disiap pasang pada 18 Ogos lalu merupakan jambatan melengkung (curved bridge) yang ketiga. Jambatan pertama yang berbentuk lurus dibina pada 1965 dan digantikan dengan jambatan melengkung pada 1984 dan 2006.

Jambatan tersebut dibina oleh pasukan Keluaran Hutan yang diketuai oleh Pengarah, Dr Gan Kee Seng dengan menggunakan kayu keras berat seperti balau dan balau merah. Kedua-dua rasuk jambatan dihasilkan dengan perekat berbeza yang ditaja oleh Akzo Nobel Adhesives dan Jowat Manufacturing (SEA), manakala kemasiapan luaran ditaja oleh Tong Sim Wood Industries. Prestasi bahan kayu, perekat dan bahan kemasiapan akan dipantau secara berkala.

1
1
1
Abd Latif (kiri) dan Khali Aziz bergambar bersama logo ulang tahun FRIM. Abd Latif semasa pelancaran Jambatan Glulam baharu. Dari atas: Jambatan Glulam pertama, kedua dan ketiga.

Abd Latif juga melancarkan logo sambutan Ulang Tahun FRIM ke-33 pada perhimpunan yang sama. Kupu-kupu yang kelihatan seperti angka 33 pada logo tersebut melambangkan FRIM yang telah melalui metamorfosis sempurna. Di bawah kepimpinan Abd Latif, FRIM yang telah mengharungi pelbagai cabaran dan melalui pembaharuan sehingga penguatkuasaan Akta FRIM, kini sudah berupaya untuk mengkomersialkan produk penyelidikan dan pembangunannya. Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-10 pelantikan Abd Latif sebagai KP FRIM serta genap 33 tahun beliau berkhidmat di FRIM.

Turut hadir, Timbalan KP (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah; Pengurusan Tertinggi serta warga FRIM yang lain.

1
Logo Ulang Tahun FRIM ke-33.

Maklumat Terkini