28 September 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 selepas pelaksanaan audit luar pada 26-27 September lalu.

1
1
Samsudin (paling kanan) mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit. Proses audit dijalankan di Unit Pengurusan Kualiti.

Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh Dr Samsuddin Musa, Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM di Bilik Mesyuarat Licuala pada 26 September lalu. Proses audit ini bertujuan memastikan kepatuhan kepada Standard ISO 9001: 2015 serta tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan hasil dari auditan terdahulu.

1
1
Khali Aziz berucap semasa Mesyuarat Pembentangan Audit. Idris (kanan) dan Toh membentangkan penemuan audit.

Pasukan juruaudit terdiri daripada Steven Toh Kee Mok dan Dr Idris Ahmad Nordin dari Intertek Certification International. Mereka telah mengumumkan kejayaan tersebut dalam Mesyuarat Pembentangan Audit yang diadakan di Auditorium FRIM semalam.

 

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM, Dr Khali Aziz Hamzah; Ketua Sistem Audit, Dr Sharmiza Adnan; serta pengarah-pengarah bahagian dan warga FRIM.