Monthly Archives: Januari 2019

>>Januari

FRIM bantu pemuliharaan bakau di Pulau Pinang

22 Januari 2019 (Selasa) - Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Abd Latif Mohmod dan Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Samsudin Musa telah melawat Pulau Pinang pada 12 Januari lalu untuk membincangkan kemungkinan FRIM membantu kerajaan negeri tersebut dalam pemuliharaan dan pemulihan hutan bakau yang berkaitan dengan cadangan Projek Penambakan Pulau Pinang Selatan. Gambar berkumpulan wakil-wakil SRS, Kerajaan Negeri dan JPNPP. Samsudin (ketiga dari kiri), Rusli (keempat dari kiri) dan Abd Latif (kelima dari kiri).  Wakil SRS Poh Chia Ching memberi taklimat kepada para hadirin.  Berikutan daripada Program Bicara Teknologi FRIM yang diadakan pada 27 [...]

FRIM bantu pemuliharaan bakau di Pulau Pinang2019-01-29T11:31:47+08:00

Menteri KATS adakan lawatan kerja ke FRIM

16 Januari 2019 (Rabu) – YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) buat julung-julung kalinya telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pagi tadi. Beliau diiringi oleh Dato' Suhaimi Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Tanah dan Sumber Asli) KATS, Dato' Wan Mazlan Wan Mahmood (Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan) KATS. Abd Latif (kiri) berbincang dengan Xavier semasa sesi taklimat. Dari kiri: Marzalina, Amiruddin, Abd Latif, Xavier, Faizal, Suhaimi dan Mohd Adnan semasa pertukaran dokumen MOU. Menteri disambut oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; Dr Samsudin [...]

Menteri KATS adakan lawatan kerja ke FRIM2019-01-29T12:03:16+08:00

FRIM anjak waktu operasi

10 Januari 2019 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengubah waktu operasi dan kemasukan ke FRIM sejak 2 Januari 2019 demi memastikan keselamatan pengunjung dalam kampus. ”Kami menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan untuk memulihara kampus ini,” kata Liza Ismail.  Waktu operasi baharu yang dipaparkan di laman Facebook FRIM.  Waktu operasi baharu ini akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai 1 Julai. Walau bagaimanapun, FRIM telah mula menasihatkan pengunjung FRIM yang masih datang awal untuk masuk pada jam 6.00 pagi. Berdasarkan waktu operasi baharu ini, kampus FRIM akan dibuka dari jam 6:00 pagi hingga 7:00 petang (diubah daripada [...]

FRIM anjak waktu operasi2019-01-24T16:41:59+08:00

FRIM pastikan mesin kejuruteraan kayu vintaj terus berfungsi

3 Januari 2019 (Khamis) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya memastikan peralatan kejuruteraan kayu vintaj iaitu Buckton universal testing machine masih berfungsi dan digunakan untuk ujian kayu dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Mesin berusia 97 tahun ini dipercayai hanya tinggal satu unit sahaja di dunia. Ia masih berada dalam keadaan baik sehingga hari ini disebabkan kepandaian Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir, yang merupakan Ketua Makmal Kejuruteraan Kayu FRIM (TEL). ​  Mohamad Omar bergambar dengan mesin ujian universal Buckton.  Mohamad Omar memberi penerangan tentang kajian yang dijalankan di TEL kepada pelawat. Dengan minatnya terhadap penulisan perisian dan bidang elektronik, Mohamad [...]

FRIM pastikan mesin kejuruteraan kayu vintaj terus berfungsi2019-01-11T15:29:49+08:00