Monthly Archives: Mac 2019

FRIM, MTIB eratkan kerjasama perkukuh R&D perkayuan negara

29 Mac 2019 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk mewujudkan dan meningkatkan kerjasama dalam menjalankan program penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan bagi memperkasa pengurusan dan pembangunan industri kayu-kayan di Malaysia. Dalam majlis yang diadakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur pagi tadi. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod mewakili FRIM di majlis tersebut manakala MTIB diwakili Timbalan KP, Norchahaya Hashim. Norchahaya (kiri) dan Abd Latif berucap pada majlis. Para hadirin di Dewan Persidangan MTIB. Turut hadir, Mahpar Atan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB; Dr [...]

FRIM, MTIB eratkan kerjasama perkukuh R&D perkayuan negara2019-04-04T15:15:35+08:00

Majlis Hash Malaysia seru ahli hormati kawasan FRIM

27 Mac 2019 (Rabu) - Majlis Hash Malaysia (MHC) telah menasihati ahli-ahlinya untuk menghentikan aktiviti Hash House Harriers (HHH) dalam kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Pengerusi MHC, Chong Boon Ee berkata majlis tersebut akan mengeluarkan peringatan kepada semua cawangan supaya menjalankan aktiviti mereka tanpa melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan. Ditubuhkan pada 1996 oleh sekumpulan Hashers senior, MHC mempunyai 220 cawangan hash di seluruh negara. Chong dan Setiausaha Kehormat MHC, Rajinder Agnihotri telah dijemput ke FRIM, Kepong pada 25 Mac untuk perbincangan mengenai isu pencerobohan oleh ahli HHH. Turut hadir, Pegawai Media, Lim Chung Lu dan staf Program Hutan [...]

Majlis Hash Malaysia seru ahli hormati kawasan FRIM2019-04-04T15:14:38+08:00

FRIM raikan IDF 2019 di Taman Warisan

22 Mac 2019 (Jumaat) – Warga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah meraikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) 2019 bersama ahli-ahli Sahabat Komuniti FRIM pagi tadi di Taman Warisan FRIM. Dalam ucapannya, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata Taman Warisan FRIM ini amat penting kerana terdapat sejarah berkenaan pelbagai inspirasi, usaha pemulihan serta pembangunan taman yang dilaksanakan sejak 2007. Abd Latif (kedua dari kiri) bersama (dari kiri) Mohd Zamshari, Jamal dan Adnan. Gambar Abd Latif (tengah, berbaju putih) serta wakil-wakil Sahabat Komuniti bersama (dari paling kanan) Adnan; Dr Ismail Parlan, Pengarah Perhutanan dan Alam [...]

FRIM raikan IDF 2019 di Taman Warisan2019-03-27T11:45:51+08:00

FRIM kerjasama dengan MPMA, Plus Intervest untuk hasil pokok tisu kultur Eucalyptus

13 Mac 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Pekilang Panel Malaysia (MPMA) dan Plus Intervest dalam kerjasama penghasilan anak pokok tisu kultur Eucalyptus semalam. Abd Latif menyampaikan ucapan beliau pada majlis.  Abd Latif (kiri) dan Sheikh Othman menandatangani dokumen MOU.  Kerjasama FRIM-MPMA ini melibatkan penghasilan anak pokok kultur tisu Eucalyptus sp. dan spesies bernilai komersial untuk perladangan. FRIM turut berperanan mempromosi dan menyokong program perladangan komuniti MPMA dengan membekalkan kepakaran serta bantuan teknikal dalam penghasilan anak-anak pokok melalui kaedah tisu kultur. FRIM juga menandatangani MOU dengan Plus Intervest bagi projek [...]

FRIM kerjasama dengan MPMA, Plus Intervest untuk hasil pokok tisu kultur Eucalyptus2019-03-20T13:15:52+08:00

KP FRIM: jangan masuk kawasan larangan

4 March 2019 (Monday) – 4 Mac 2019 (Isnin) – Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Dr Abd Latif Mohmod mengingatkan semua pelawat supaya tidak memasuki kawasan larangan di kampus FRIM termasuk plot penanaman pokok, arboretum atau denai-denai alam tanpa diiringi jurupandu alam FRIM bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. "Pihak FRIM sudah memberi peringatan kepada pengunjung serta meletak papan tanda, namun ada segelintir yang masih tidak menghiraukan peraturan FRIM," kata Abd Latif. Baru-baru ini, terdapat dua kejadian pengunjung sesat selepas memasuki kawasan larangan. Dalam insiden terkini yang berlaku semalam, enam pelawat dilaporkan sesat setelah memasuki [...]

KP FRIM: jangan masuk kawasan larangan2019-03-20T13:20:08+08:00